Saturday, July 24, 2010

Berembun; Sebelumnya.

Lokasi berkumpul sebelum kami bertolak ke Cameron Highlands -- mana lagi kalau bukan di Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia di Kajang. Jadi serba tak kena bila melihat senarai nama peserta. Antara rindu berjumpa muka-muka lama, tak sabar untuk pengalaman baru dan sedikit terkilan bila ada yang tak ikut serta -- terutama Kak Su -- sape nak tolong masakkan di puncak nanti ni? *panik*

Tapi panik kejap je, sebab Along diperkenalkan dengan muka-muka yang lebih hebat memasak dari Along!

Ye, Along memang pakar tilik air muka orang yang baru kenal. (Acah mak enon.)

Perkenalkan gadis-gadis semasa dari kanan Along -- Cik Gebu, Kak Ina, Ecah, Rohaida, Ika & Haiza. Ini kali pertama Along kenal Kak Ina & Ika, yang lainnya dari trip Gunung Tebu sebelum ini. Along syukur kami sekepala dari salam pertama. (wah, ayat leh jadi rangkap lagu untuk Altimet)

Kami bertolak jam 9 malam -- sebuah van, tiga buah pacuan empat roda dan sebuah kereta -- lengkap dengan pemandu khas sendiri. Antara keistimewaan mengikuti geng gunung LLM, pengangkutan dan makanan memang tak perlu dirisaukan. Pilih je nak naik kereta yang mana, nak makan apa, konfem dilayan. EH TAK TAK. Tu untuk Along je (sebab mengada suka demand haha)

Along demand naik Sorento dengan Abang Man & Kak Ina. Sebelah Along tu, driver dedikasi kami -- Abang Haris yang muntah-muntah dek jalan ke Tanah Tinggi tu jalannya bagai ular dipalu (lama dah tak guna peribahasa ni hihi)

Kami berhenti dua kali dalam perjalanan -- satu di Rawang untuk mengalas perut (dan konon dapat tengok game Brazil, sekali takde pun TV kat hentian tu pasang channel bola -_-"), satu lagi di Tanah Rata dimana a few of us yang terlebih tidur dalam kereta dapat lah tengok game Uruguay vs Ghana.

Tak pernah Along layan bola kol 2,3 pagi kat mamak sejuk membeku pastu layan amik gambar kat tengah jalan. Konon nak memanaskan badan. Tak cukup dengan itu, gi skodeng bebudak lain yang tidur dalam kereta. Siap mana yang berkeruh tu, kiteorang gegarkan kereta haha.

Sarapan pagi di Brinchang. Dipaksa makan walhal takde selera pun. Tapi kami memang tak dipaksa mandi pagi, gilo apo nak mandi sojuk ya amek!

Sementara menunggu Abang Ros & Abang Man pergi mendaftarkan kumpulan kami di Pejabat Perhutanan & Balai Polis Brinchang. Kami dah macam PATI tunggu lori imegresen dok tersadai kat stesen minyak tu lelamo -_-"

Abang Man balik dengan muka berseri-seri dengan harapan kami tak membebel kenapa tak mula daki lagi. Siap pujuk hati wanita kami dengan membeli sayur segar di tepi jalan dulu untuk dimasak di puncak. Nasib dia sangat baik kami berjaya dipujuk -- dengan cendawan, celery, carrot dan cabbage. (Ye semua start huruf C)

Akhirnya dalam pukul 10 lebih, kami berjaya berkumpul di starting point Gunung Berembun. Sepantas kilat (tipu je) kami bersiap sambil mengagihkan barang-barang -- antara rutin kebiasaan sebelum memulakan pendakian.

Dan yang paling penting, bacaan doa & sepatah lebih dua kata dari Abang Ros :')


Penat ah tulis dalam BM, haha.

Tapi sebab Along baru tau ada abang-abang gunung yang baca coretan gunung Along di sini *lambai tangan* , Along gigihkan jua. (muka pasrah)

Nanti Along sembang bila mula panjat sampai puncak.
Sebab tu ada cerita yang tersendiri -- Along tatau nak cakap kelakar ke tak, tapi ya, meninggalkan kesan yang mendalam pada Along -_-"



OKAY ABANG ROS JANGAN NAK GELAK LELEBIH OKAYYY HEP DIAM DIAM.









2 comments:

1412 said...

Eh, gunung apa ni along?

Along said...

1412 - Gunung Berembun in Cameron Highlands!